Wednesday, 15 June 2016

Haih berhabuk betul!

Assalamu'alaikum.

Bila tengok the latest entry adalah bulan Julai tahun lepas. Nak dekat setahun saya tinggalkan blog ni tanpa post apa-apa entry. Lama betul kau menyepi ye makcik!

Saya seri-serikan sikit blog yang memang tak menarik mana. entah ada entah tidak laa orang baca blog aku ni. Tambah itu buang ini. Jadinya, ini lah wajah baru blog saya, (http://anamassgifts.blogspot.my/).

Harapnya lepas ni update2 laa selalu ye. Lepas subuh dan lepas baca mathurat, boleh update apa-apa. Maklumlah, dah jadi surirumah sepenuh masa. Kena pandai-pandai laa isi masa agar tak terbuang begitu saja.

Okay, akhir kata selamat menjalani Ramadhan yang masih berbaki ini! =)