Monday, 20 July 2015

Wont Give Up

"Saya bukan sahabat kamu lagi!" 


Tangan aku menggeletar.
 Kau lafazkan itu akhirnya.
Kesakitan kau kerana aku telah sampai ke kemuncak. 

Disebabkan sikap aku, kau tersakiti. 
Disebabkan kata-kata aku, kau terluka. 
Disebabkan reaksi aku yang tak terkawal, kau kecewa. 

Permohonan maaf aku sukar untuk kau terima. 
Permohonan peluang kedua untuk kau beri, payah tak terkata. 

Maafkan aku sahabat.
Kau tetap sahabat aku sejak hari pertama aku putuskan untuk berada di sisi kau. Bukan meninggalkan kau dan pura-pura tak kenal. 

Kau tetap sahabat aku sebab itu janji aku. 
Janji aku di Mafraq dulu.
Walau apa pun yang terjadi tak akan aku tinggalkan kamu. 

Tapi kini,
kau yang mula tinggalkan aku. 

Sahabat, 
jangan tinggalkan aku. 

"i dont wanna be someone that who walks away so easily
i'm here to stay and make the difference that i can make" 

 Aku akui, 
aku boleh saja hidup tanpa kau, tapi terasa ada sedikit kekosongan di hatiku. 
Ruangan hati yang aku peruntukkan untuk kau. 

"I wont give up on us, even the skies get rough" 

Ada sepasang tangan yang ingin aku genggam hingga ke syurga. 

Maafkan aku sahabat. 
Maafkan aku. 

Not mine