Tuesday, 16 June 2015

Kisah pertama kau dan aku

Sahabatku, 
Izinkan aku mencoretkan sesuatu 
tentang kisah kamu dan aku 
kerana di situ 
terdapat banyak momen yang aku rindu 

*****

Suasana di rumah hari itu sunyi sepi. Ini menandakan tidak semua ahli rumah yang diberi nama Dar Al-Affan sudah kembali ke “Bumi Syams” dari Malaysia. Cuma Farahain, pelajar Sarjana Muda Ekonomi dan Maimunah, pelajar Sarjana Muda Fiqh Usul merangkap roomate Farahain sahaja yang sudah pulang. 

Farahain sedang leka menghadap laptop miliknya. Melayari Facebook.

Kotak mesej personal berwarna biru tiba-tiba memunculkan diri di skrin.   

“Assalamu`alaikum Far." 

" Waalaikumsalam min." Mesej Aminah, sahabat Farahain semenjak sekolah menengah menjengah. 

"Far apa kabar? Macam ni. Min nak minta tolong sikit boleh tak? 

"Alhamdulilah. Min nak minta tolong apa?" 

"Tolong jenguk jap junior kita sorang ni.”

“oooh boleh je. siapa tu? Far kenal tak?kalau tak kenal cuak juga laa Far ni min. tapi bisa aja dong aku gagahi jua demi kamu.” balas Farahain. 

“hahaha, awak ni Far. Jadi bibik indon pulak. Far tak kenal pun dia. Dia masuk sekolah kita waktu min tingkatan 6. Far kan lepas habis SPM terus sambung tempat lain. Nama dia Nurul Hannah Ali Imran. Dia masuk program penukaran pelajar je kat uni kita tu. Dia baru je sampai semalam kalau min tak silap. Ni nombor dia 077*******. Far tolong eh. Kalau Min memang dah ada kat Jordan, dah lama Min pegi sendiri. Maaf sangat terpaksa susahkan Far.” Aminah membalas. 

“No biggie laa Min. Nanti Far ajak kak Ain teman sekali. Cuak laa jugak sebenarnya nak jenguk orang yang Far tak kenal ni. Mohon doanya ye buk. hehe”. Sempat Farahain berjenaka.  

"hmm Nurul Hannah Ali Imran. Pergh! Nama kalau tak boleh sama dengan anak Ali Imran tak boleh ke? Hek eleh. Kesah pulak aku. Tapi Memang tak pernah laa aku dengar nama dia sebelum ni. ok takpe. Kita save dulu number phone dia." 

Selesai menyimpan nombor Hannah di Iphone 5C miliknya, Farahain terus klik butang pangkah dan mematikan laptopnya. 
*****

“Cuak pulak aku nak call dia ni. dah laa tak kenal.” gumam Farahain dalam hati sambil merenung jauh nombor Hanna yang terpapar di skrin Iphone

Akhirnya Farahain memberanikan diri. Lambat-lambat Farahain menekan butang hijau untuk mendail nombor telefon Hannah. 

"Dup dap dap" 

Peluh mula membasahi dahi dan kelopak bawah mata Farahain. Farahain kalau nervous memang akan jadi begitu. 

Selang beberapa saat. 

“ Hello?.” satu suara serak basah menyambut panggilan Farahain. 

Bagai nak tercabut jantung, Farahain menarik nafas sedalamnya dan mengesat peluh. Dengan penuh hati-hati Farahain memulakan bicara.  

“Assalamualaikum. Ni Nurul Hannah Ali Imran ke?” 

“Ye saya Nurul Hannah.” 

“Saya Farahain Hayati Mohd Ali. Boleh panggil kak Far. Kak Far ni kawannya kak Aminah. Minta maaf sangat kalau ganggu Hannah. Hannah tengah buat apa tu?” Farahain cuba berbual seperti biasa. 

“Tengah jalan-jalan dengan umi.” Ringkas sahaja Hanna membalas pertanyaan Farahain. 

"dah umi mana pulak budak ni pergi jalan-jalan. Kawan baru dia kot."  

oh. erm Kak Min minta Kak Far jenguk awak. By the way, Kak Far dengan Kak Min satu sekolah dulu dekat Maahad Bukit Melukut. Jadinya, kita ni satu sekolah juga laa. hehe." Farahain terus menutup mulut bila tersedar dia tergelak kecil. 

“ooh okay.” Balas Hannah ringkas.  

“Nanti bila-bila kak Far ingat nak ziarah awak. Esok atau lusa petang ke. boleh ke?.” Farahain terus ke tujuan utama. 

“Oh okay. boleh. “ Balas Hannah ringkas lagi. 

“Kalau macam tu, okay laa. Nanti apa apa, kak Far bagi tahu awak ye. Maaf sangat ganggu. Assalamu`alaikum.” Laju Farahain mematikan panggilan dek gementar yang melanda. 

“Huh lega! Tapi pesal budak ni macam tak mesra je. Tak biasa lagi kot. Yelah kan baru first time call.” Farahain bermonolog. 

Farahain meletakkan Iphone di meja lalu terus ke tandas. 

*****
Saya tak tahu nak letak tajuk apa. Jadi, saya letak KISAH PERTAMA KAU DAN AKU. 


Ribuan terima kasih atas kesudian membaca entry ini. Moga ada manfaatnya insya Allah.