Friday, 29 May 2015

Kisah Banduan Zionis

Kisah di bawah ini adalah dari entry  setengah kurun lamanya di blog lama saya dulu


Setelah 2 hari menanti di laut, akhirnya pada jam 6 petang waktu Turki, kapal Mavi Marmara bergerak ke arah Gaza, lebih kurang 400 batu lagi. Mavi Marmara adalah sebuah kapal yang digambarkan sebagai ‘the giant vessel’ dengan ketinggian lima tingkat.


Tingkat bawah menempatkan relawan wanita dan bahagian enjin kapal serta klinik. Tingkat/dek 2 di bahagian tengah adalah ‘announcement centre’, membahagikan 2 ruang besar di hadapan dan di belakang. Di ruang hadapan menempatkan relawan dari Turki dan di ruang belakang menempatkan relawan dari negeri lain. Kami relawan dari Malaysia dan Indonesia bertempat di ruang belakang berdekatan dengan beranda kapal yang menghadap ke laut.


Kami berjumlah 10 orang bersama-sama dengan 2 orang press dari Astro Awani. Relawan Malaysia diketuai oleh saudara Norazman Samsuddin, Saudara Nizam Awang, Dr Syed Halim, Dr Mohd Arba’ai dan Ust Al-Hami dari NGO Haluan, Dr Selamat Aliman dari PACE, Ust Hasanudin dari Aqsa As-Syarif, Tn Hj Jamaluddin Alias dari Yayasan Amal, saudara Halim Redzuan dari Muslim Care dan 2 orang wartawan astro awani iaitu saudara Aswad dan saudara Shamsul. Di sini kami bersama-sama dengan relawan dari Mesir (Ahli Parlimen Mesir) , Algeria dan lain-lain.


Tingkat/dek 3 di ruang depan selepas tangga adalah ruang untuk press room dan di sebelah belakangnya adalah ruang untuk solat berjemaah (Ini adalah ruangan terbuka yang menghadap ke laut). Di bahagian belakang tingkat 4 adalah tempat untuk shooting dan press dijalankan untuk menghebahkan setiap detik perjalanan konvoi ini ke seluruh dunia. Tingkat atas adalah satu ruangan terbuka yang merupakan tempat larangan melainkan mereka yang telah diberi kebenaran . Di bahagian depan tingkat lima adalah bilik pemanduan.


Pada hari itu (30 mei 2010), catuan makanan telah bermula iaitu tiada makan tengahari hanya makan malam dan sarapan pagi.Ini kerana, kami merasakan mungkin akan berada di perairan antarabangsa selama sebulan jika Israel berdegil dengan menahan kami di perairan antarabangsa. Para relawan juga tidak dibenarkan untuk mandi manda sama sekali.


Tepat jam 8 .20 malam, azan dikumandangkan oleh relawan dari Syria. Sungguh sayu sekali. Kami solat jamak Maghrib dan Isyak berjamaah. Imam membaca surah yg agak panjang dengan suara yang mendayu-dayu. Semasa imam membaca qunut nazilah, ramai yang mengalirkan air mata, teresak-esak mengharapkan pertolongan Allah. Aku merasakan betapa kerdilnya diriku dibandingkan dengan Allah SWT. Begitu juga kerdilnya diriku berbanding samudera lautan yang tak kelihatan tepinya, dengan langit yang tidak kelihatan batasannya. Airmataku mengalir merasakan penuh kerendahan kehadrat Allah swt. Dalam hatiku berdoa untuk kejayaan Mavi Marmara ke Gaza. Aku juga menuluskan hatiku sekiranya esok adalah hari terakhir dalam hidupku, moga Allah menerima syahadahku dan membersihkan niatku. Masih terngiang-ngiang akan ingatan dan pesanan dari Ustaz Abdullah Thaidi dan saudara Solehuddin kepadaku sebelum kami berlepas di KLIA beberapa minggu yang lepas.


Selepas selesai solat, Sedikit taklimat keselamatan diberikan oleh Ust Hassanudin untuk semua relawan dari Malaysia dan Indonesia . Mereka semua diminta membuat persediaan. Di ruang solat masih ada lagi tazkirah yang disampaikan oleh relawan Arab seolah-olah mereka tidak merasai bahaya yang mendatang.


Jam 11malam, masing-masing telah memulakan persediaan seperti demo memakai alat-alat keselamatan, demo memakai life jaket dan lain-lain. Pada masa itu, aku dan Dr. Syed Halim telah ditempatkan di ruang solat untuk bersiap sedia memberikan khidmat kesihatan kepada relawan di kiri dan kanan dek 3. Dek 3 ini dihubungkan dengan dek 2 melalui 2 pintu di kiri dan kanan. Pusat operasi perubatan terletak di dek 2 dengan peralatan dan kemudahan yang sangat tidak mencukupi. 2 orang jururawat sedang ”standby” disitu.


Keesokan harinya, Solat subuh berjamaah pada jam 4.30pagi. Imam membaca surah dan qunut nazilah begitu panjang dan syahdu sekali . Selesai solat, kedengaran bunyi bising dari rakan-rakan sukarelawan dan bunyi letupan yang kuat. Aku terus bergegas mengambil posisi. Rakan-rakan dari Malaysia dan Indonesia mengambil posisi masing-masing di sebelah kiri dek paras 3, bersiap sedia dengan hos pili bomba dan apa saja yang dapat di ambil samada botol minuman atau batang kayu penyapu dan beberapa rod besi. Bahagian atas kapal upper deck dikawal oleh relawan dari Turki seramai lebih kurang100 orang. Mereka berkawal melindungi kapten kapal dari ditawan oleh para lanun Israel. Di kanan kapal juga dikawal oleh para relawan dari negara lain. Begitu juga berpuluh relawan mengawal di bahagian hujung belakang kapal yang mengadap ke laut.


Tanpa amaran, lanun Israel terus menyerang dengan 3 bot laju di kiri kapal dan 3 bot laju di kanan kapal dan 2 lagi di belakang kapal , mereka cuba menawan kapal. Letupan kuat berlaku di kiri, kanan, belakang dan atas. Mereka menggunakan bom asap, bom cahaya dan bom bunyi. Para sukarelawan menggunakan pelbagai cara untuk menghalang kapal ditawan lanun Israel ini. Pancutan air dari pili bomba, botol kayu dan besi digunakan untuk mempertahankan Mavi Marmara. Pada masa itu, aku berada di belakang kapal tingkat 3 di ruang solat, melihat Ahli Parlimen, saudara Jamal membaling botol kepada lanun Israel yang cuba memanjat tebing tepi kapal. Mereka ketakutan dan menjauhkan bot dari kapal. Aku juga lihat cahaya laser berlegar-legar di badan Dr Selamat dan Ust Hassanuddin. Rupanya itu cahaya laser dari senapang Israel.


Semakin banyak bom asap yang jatuh ke bahagian tepi dek tempat relawan Malaysia dan Indonesia berkawal. Haji Jamaluddin menyerahkan pili bomba yang dipegangnya kepada seorang relawan Indonesia, Mas Okvi lantas Haji Jamaluddin yang memakai topeng gas membuang satu persatu bom asap itu ke dalam laut. Yang anehnya, setiap kali bom asap jatuh ke lantai dek, angin kuat bertiup menyebabkan tidak ada seorang pun yang terbatuk-batuk atau sesak nafas. SubhanAllah, pertolongan Allah datang tanpa diduga.


Tiba-tiba kedengaran satu letupan kecil dan pergelangan tangan Mas Okvi berdarah. Mas Okvi telah ditembak oleh lanun Israel keparat itu. Mas Okvi terus berlari ke dalam kapal untuk mendapatkan rawatan.


Tidak ada seorang relawan pun yang bersembunyi atau ketakutan , masing-masing begitu gagah berani untuk menyelamatkan kapal dari ditawan. Mereka sentiasa pasrah untuk menang atau ..........

Di lautan diberitakan ada 20 kapal perang Israel dan 2 kapal selam Israel menyertai armada lanun untuk merampas Mavi Marmara.


Di dalam press room, puluhan wartawan sedang sibuk membuat liputan dan menghantar berita ke ibu pejabat masing-masing sebelum aliran internet dan satelit di sekat oleh pihak berkuasa Israel. Mas Suria dari media Indonesia bergegas keluar dari press room dengan kameranya untuk merakamkan peristiwa yang berlaku. Tiba-tiba dia terjatuh ke lantai dan mukanya pucat lesi. Dia sempat ditarik ke dalam press room oleh rakan-rakan dari press . Darah tersembur dari dada kanan beliau. Peluh dingin membasahi dahi dan badannya. Pertolongan cemas diberikan kepadanya .


....................................................................................................................................................


Sementara itu, Dr Arif Rehman mengkhabarkan bahawa satu helikopter datang dari atas, 3 komando lanun Israel turun menggunakan tali, sampai kebawah terus ditangkap oleh relawan Turki, senjata mereka dirampas, mereka ditawan. Didapati pada diri mereka ada risalah menyiarkan gambar foto 16 orang yang akan dibunuh, antaranya Presiden IHH Bulent Yıldırım, seorang paderi dan Sheikh Raid Solah.


Helikopter pertama meninggalkan kapal apabila relawan Turki menghalakan lampu spotlight kepada mereka. Datang pula helikopter kedua dan beberapa komando turun menggunakan tali, sangat cepat dan pantas sekali.


Seorang relawan Turki, saudara Nicchi yg sedang ambil foto, ditembak tepat di dahi antara kedua keningnya dan tembus ke bahagian belakang kepala dan meninggalkan luka sebesar tapak tangan.Otak tersembur keluar. Bertaburan di lantai. Darahnya tersembur keluar seperti air paip terus membasahi lantai kapal. Dr Arief Rehman dari Mercy Indonesia terus meluru kepada relawan tersebut. Dr Arief cuba merawatnya , apakan daya, relawan Turki itu terus tercungap-cungap. Relawan lain membantu membawa beliau ke dek tingkat 2 untuk dapatkan rawatan lanjut. SubhanaAllah...dengan izin Allah, dia telah syahid menemui RabbNya.....AllahuAkbar


Apabila komando Israel telah mula menembak menggunakan peluru hidup dan mengorbankan seorang relawan, maka Bulent Yıldırım, pengerusi IHH mengarahkan supaya mengibarkan bendera putih tanda kami menyerah diri. Tetapi lanun Israel terus menembak relawan yang berada di bawah mereka secara membabi buta . 3 orang lagi yang terkorban. Ramai juga para relawan Turki yang ditembak di dada, perut, tangan ,kaki dan betis. Rupanya ada juga komando lanun Israel yang tercedera kerana terkena tembakan rakan sendiri. Dr Syed Halim, sahabatku yang merawat luka lanun Israel yang tercedera itu. Dr Syed meminta beberapa relawan Turki memegang lanun Israel itu, lanun itu kelihatan takut dia akan diperapa-apakan oleh Dr Syed. Akhirnya didalam kekecohan itu, lanun Israel terjun ke laut.


Situasi kapal Mavi Marmara semakin kelam kabut. Ketika itu aku berada di ruang solat dek 3, aku sedang sibuk mengambil foto bot-bot lanun Israel itu. Tiba-tiba dikejutkan oleh beberapa relawan Turki dari tingkat atas yang membawa seorang rakannya yang tercedera. Walaupun agak kepayahan, aku cuba mengarahkan mereka ke ruang rawatan yang terletak di ruang tengah dek 2.


Di ruang rawatan itu, aku sangat terperanjat melihat seorang yang telah syahid dan 2 orang yang sedang diresusitasi oleh Dr Syed Halim bersama rakan-rakan doktor yang lain. Seorang relawan yang nazak cuba kami bantu dengan menginfuse drip NS dan memberikan resusitasi. Keadaan memang sangat gawat sekali kerana kekurangan peralatan yang ada seprti drip set, branula, oksigen, plaster dan lain-lain. Ini kerana kami tidak menyangka Israel sanggup bertindak seganas dan sesetan ini. Dalam taklimat yang kami terima sebelum ini kami hanya menyangka mendapat luka-luka ringan dan tiada kematian. SubhanaAllah inilah keturunan manusia yang pernah menyembelih Nabi Yahya dan Nabi Zakaria dan membunuh beribu saudara kami di Palestin. Pada hari ini kami bukan berdepan dengan manusia tetapi berdepan dengan para syaitan yang berbadan manusia.
*************************

1 jun 2010,11pagi



aku terjaga dari tidur....dalam keadaan separuh sedar...

"aku di mana ye?.... kenapa ruang tidur seperti di asrama sekolah menengah dulu???" aku bermonolog sendirian.

Lalu aku berdiri dan mendekati tingkap dan memandang keluar...tiada apa yang kelihatan.

tiada pokok-pokok. Yang kelihatan hanya lah bumbung-bumbung bangunan.



Dimana aku???

aku menoleh ke katil satu lagi, kelihatan wajah yg

sangat dikenali...rupa-rupanya Dr Syed Halim, rakan karibku. kelihatan Seluar Dr Syed

terdapat banyak tompokon darah....

Baru aku tersedar aku telah ditahan di penjara Israel , Beer Syiba. Aku pun melihat seluar dan bajuku,

banyak juga darah yg terpalit.


Aku mengimbas kembali peristiwa yang baru sahaja aku alami di atas kapal mavi marmara, berjam- jam kami pasukan medik cuba untuk menyelamatkan 4 relawan Turki yang sedang nazak. Berbagai-bagai usaha dilakukan termasuk menginfuse drip....CPR....

Kami hanya mampu berusaha dengan sedaya mungkin dan berdoa kpd Allah tetapi Allah telah memilih mereka sebagai syuhadak. Aku dan Dr Syed Halim bergegas ke ruang hadapan dek 2. Berpuluh-puluh relawan cedera parah. Ada yang cedera parah di perut dengan 2 hingga 3 kesan luka, ada yg cedera di dada berpeluh dingin dan nafas yg tersekat-sekat. Ada juga yang patah tangan atau kaki, darah di sana sini....seperti dalam suasana peperangan. Ramai relawan lain yang tergesa-gesa menolong rakan mereka.


Di atas sebuah kerusi berdekatan dengan pintu, aku melihat MAS Okvianto dengan tangan kiri yang terkulai dan pergelangannya terdapat darah yang meleleh. Kami membalut lukanya dan membuat splint dari kertas kadbod untuk menyangga tangannya yg patah . Di satu sudut, Mas Surya yang cedera ditembak di dada kanannya sedang ditenangkan oleh Ust Zikrullah. Kelihatan mukanya pucat lesi dan peluh dingin membasahi badannya . Pernafasannya kelihatan sukar sekali. Aku sempat mengaskaltasi dadanya , Alhamdulilah aliran udara paru-paru kanan dan kirinya masih stabil. Seorang relawan Turki di ruang tengah telah muntah-muntah. Masih kelihatan darah mengalir dari 3 lubang tembakan yang ditembak Yahudi laknatullah di perutnya. Perutnya sangat keras dan nyeri sekali. Drip telah diinfuse .


Walaupun dalam keadaan yang sangat kritikal, apa yang aku lihat tidak ada seorangpun yg merintih atau meraung- raung kesakitan. Seolah-olah mereka semuanya bertasbih kepada Allah.


Dr Maulut dari Turki iaitu ketua bahagian Kesihatan kapal meminta Israel menghantar mangsa-mangsa tembakan Yahudi ke hospital terdekat....mereka berkeras menyatakan bahawa kapal ni berada di perairan antarabangsa, mereka enggan menghantar mangsa ke mana-mana hospital...

Memang dasar yahudi zionis laknatullah!!!!!

Kalau dah tahu kami berada di perairan antarabangsa... Mengapa menyerang Kami??!!! sungguh biadap dan kejam!!!


Setelah negosasi selama 2 jam, barulah mereka mahu mengevacuate mangsa keganasan mereka ke hospital di Israel menggunakan helikopter. aku dan beberapa org doktor dengan bersusah payah memindahkan para aktivis yang cedera parah dengan tulang peha yg patah dan perut yang luka ke kanvas kecemasan untuk diterbangkan menggunakan heli. Kemudian Kami menggangkat mereka ke bahagian hujung belakang kapal mavi marmara di dek 2 melalui ruang yang dipenuhi oleh penumpang perempuan. Isteri Ust Zikrullah sempat bertanya padaku

"ada nampak Saudara Norazman , Hj Jamaludin dan Ustaz Feri Noor?"

aku hanya menggelengkan kepala.

" Mereka syahid kah? Entahlah.....


Di hujung buritan dek dua kapal itu, kelihatan lebih 20 orang askar Israel yg beruniform biru atau hijau Tua dengan senapang dan pistol diacu kepada kami serta seekor anjing German Shipperd yang siap sedia untuk menerkam kami . Seperti kami ini ada senjata untuk membunuh mereka. Dasar Yahudi pengecut!!!

Dr Maulut sempat berkata " we are doctors!!! don't shoot at us!!!.


Kami telah diarahkan untuk naik ke dek tiga untuk dikumpulkan. Sebelum aku menyerah diri , aku sempat melintasi 4 syuhadak yg terbujur kaku di bahagian depan kaunter makanan . Air mataku mengalir dengan deras, mengenangkan kesolehan dan kebaikan mereka. Salah seorang yang amat aku kenali iaitu seorang ustaz lepasan Al-Azhar yang hafaz 30 juz Al- Quran. Begitu juga rakan-rakan yang baru aku kenali di dalam pelayaran ini. Allah telah pilih mereka untuk syahid.... Subhanallah....

Ku buka selimut muka mereka satu demi satu... wajah mereka cukup tenang dan kelihatan seakan-akan tersenyum, masih kelihatan lagi kesan-kesan darah di muka mereka....Aku sempat mencium mereka...aku tercium bau wangian kasturi seakan bau yang pernah aku hidu di gua yang menyembunyikan Rasulullah semasa perang Uhud...gua yang sempat aku ziarahi ketika aku menunaikan ibadah haji yang lepas . Air mataku bertambah deras...


Dalam perjalanan ke tempat berkumpul, aku sempat berbisik dengan Dr Syed...

" ana tercium bau kasturilah akhi...".

Aku lihat air mata sahabatku yang ku kasihi ini membasahi janggutnya. Mungkin dia rasa terkilan kenapa Allah tidak memilih dia untuk menemui Rabbul Jalil. Kami telah berjanji seandainya Kami yg Allah pilih... Kami mahu disemadikan di tanah Palestin bersama-sama para anbiya' dan syuhadak Syeikh Ahmad Yassin....


Kami, para doktor adalah antara orang yg terakhir ditawan dan diikat oleh tentera Israel laknatullah. Semasa melintas di hadapan seorang tentera Israel berbaju biru yang berkulit seperti orang Negro, dia sempat bertanya Dr Syed

"You like Palestine???"


sambil mengacukan pistol ke arah kepala Dr Syed.


"yes, so what !!!"...Dr Syed menjawab tegas.



Aku lihat mata Israel laknatullah itu seperti syaitan yang siap untuk meratah mangsanya.


Tangan kami diikat ke depan dengan plastik pengikat kabel. Sangat ketat dan nyeri sekali. Selama berjam-jam kami diikat tanpa belas kasihan. Masuk waktu solat zohor, Kami solat bergilir-gilir. Kemudian kami diperintahkan ke dek dua untuk dikumpulkan di sana. Selepas menuruni tangga ke dek dua aku nampak relawan Nizam Awang.....gembiranya tak terhingga kerana dia selamat. Aku juga nampak Aswad dan Samsul, dua orang hero mewakili press Malaysia dari Astro Awani.


Selama 15jam kami ditahan oleh tentera keparat itu tanpa diberi makan dan minum...nak buang air kecil pun tidak dibenarkan...Ya Allah sakitnya pundi kencingku..nak tidurpun tak boleh sebab rasa nyeri nak buang air kecil sangat kuat.

Dalam hati aku berkata...

“celakalah kamu wahai Org Yahudi yang telah dilaknat oleh Nabi Isa dan Nabi Daud . Kalau aku mati aku ada Allah.... kamu ada siapa??!!!”


Rasa nak baca Al-Quran tetapi telah tercicir entah di mana.

Menjelang hampir subuh barulah kami dibawa ke pelabuhan Ashdod untuk ditahan . Setiap orang dilayan bagai penjenayah besar dunia . Setiap aktivis diiringi oleh 2 orang polis preman dan terpaksa melalui banyak cek poin. Semua diperiksa dengan teliti....... sim card, pen drive , hard disc, camera... semua dirampas. Alhamdulilah duit yang ada di tangan tidak dirampas . Banyak dokumen yang dipaksa untuk kami tanda tangani . Ramai relawan yang tidak mahu tanda tangan terutama dokumen yang berbahasa Yahudi. Selepas terpaksa melalui pemeriksaan yang ketat, akhirnya kami dibawa menaiki bas..Masa tu subuh telah menjelang....
*************************




This is not my story but it is the real story.  Saya hanya kongsikan ia sahaja. 

Saturday, 23 May 2015

Assumption meh!

Satu petang di negara arab yang panasnya kadang tu boleh mencecah 42 degree! Masya Allah memang panas laa! Tapi petang tu cuaca tak sepanas 42 degree pun sebenarnya. Siap ada angin sejuk sikit sepoi-sepoi bahasa meniup ke arah saya dan kawan saya yang sedang berjalan balik ke rumah. 

Kitorang berjalan sambil menyembang. 


it is 'aadi (kebiasaan) kat negara orang arab ni kalau jalan raya sentiasa dimeriahkan dengan hon kereta yang membingitkan. Sikit-sikit nak hon. Kalau tak bunyikan hon tu memang tak sah orang kata. 

Kami pun lintas satu jalan raya kecil yang lengang juga laa time tu.

Kaki kami baru je jejak tengah-tengah jalan, 

PINNNN PINNN!!!!! (Anggap je ye itu sebagai bunyi hon) 

Tiba-tiba ada laa satu kereta ni bunyikan hon dan menyebabkan kami terperanjat lantas memandang ke arah kereta yang berkenaan. 

"Hish pakcik ni. Jauh lagi kot kereta dia tu. Dah bingit-bingit nak tekan hon. Terkejut tau tak. Alhamdulillah takde sakit jantung." Kawan saya membebel memarahi sikap pakcik. 

Saya hanya diam dan memberikan jelingan maut ke arah kereta tu tanda kurang senang dengan apa yang pemandu tu dah buat. Tiba-tiba mata saya tertangkap satu kelibat makcik arab yang bersusah payah menjinjing tong air sepenuh 10 liter. Nampak sangat payah! 

"Entah-entah pakcik tu bunyikan hon kat makcik ni kot kan." Tiba-tiba terdetik dalam hati saya. 

Saya terus memerhati walaupun telah beberapa langkah menjauhi jalan tersebut. Tidak lama lepas tu, saya nampak pemandu kereta tadi memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan makcik tu. Saya perhati lagi. Kawan saya di sebelah sudah tidak mengalihkan pandangan ke belakang. Akhirnya, saya nampak pakcik tu membawa makcik tadi naik keretanya. 

" Astaghfirullah. Awak! Pakcik tadi hon sebab nak bagi signal kat makcik bawa tong air tu laa. Dia nak tumpangkan makcik tu. Saya nampak tadi." 

"oh yeke." 


"Haah. betul. hm. Assumption lebih kita ni awak. Haih laa. Astaghfirullahal Adzim." 


The End

...




Assumption. 
Sangkaan yang kita tidak pasti sama ada betul atau tidak. 
Assumption. 
Lebih banyak membinasakan dari membina kebahagiaan. 
Assumption. 
Mampu membinasakan ikatan yang terbina. 
Assumption. 
Dari peluang pahala Allah nak bagi, menjadikan dosa tercalit. 

Assumption? Sangkaan yang tidak baik terhadap seseorang atau sesuatu perkara. 



  

Friday, 1 May 2015

Relakan Jiwa - Cover by Ausa'ie Asmat of Langit Illahi



"Ku relakan Jiwa

untuk mencari kekuatan dalam kelemahan

mencari cahaya yang sekian lama hilang 

meski jatuh dan tersungkur dalam pencarian"