Sunday, 14 July 2013

When you give a little love..You will get a little love of your own..

Satu hari dalam hari-hari ku yang Allah bagi pinjam.. :)

Tiba-tiba dapat satu mesej whatsApp dari sahabat baik ku di Malaysia.. 
Ada luahan di situ..menandakan sahabatku sedang bertarung dengan perasaannya sendiri.. (sayang awak sahabat sayangku ) 

" kadang-kadang rasa cemburu bila kawan-kawan yang kawen upload gambar kawen depa, gambar anak masing-masing..cuba untuk nak rasa happy untuk depa tapi kadang-kadang terfikir..semua orang yang kawen memang macam tu ke..mentang-mentang dah kawen semua nak tunjuk kat orang..sebenarnya orang yang dah kawen ni laa yang bertanggungjawab atas banyak masalah..bila orang yang tak kawen lagi tengok gambar2 orang kawen depa akan rasa nak kawen pastu mula la cari pasangan dan jadi benda bukan2..macam mana positifkan diri ye??? " 

Tersenyum saya dapat luahan dari sahabat saya sorang ni. Tapi apa2 pun saya kagum dengan sahabat saya ni. Tau perasaan itu tak sepatutnya begitu.. Lantas dia mencari penyelesaian dan nasihat untuk positifkan balik.  =) 
Agak lama laa juga saya nak membalas sebab nak beri jawapan yang terbaik yang dapat bantu sahabat saya ni. Saya bukan lah orang yang suka sangat menambah kebencian orang lain terhadap sesuatu. 

Then saya reply pada dia..
Perasaan ni memang sinonim laa untuk orang yang tak kawen lagi macam kita ni. Tapi seeloknya kita raikan perasaan diorang. 
Kita gembira dengan kegembiraan orang lain..kelak kegembiraan kita juga akan ada orang tumpang gembira =) 

Perkara ni memang selalu terjadi dalam hidup kita. Kita melihat kegembiraan orang lain. Then apa reaksi kita terhadap kegembiraan mereka? 

Kadang tu saya lihat..contohnya kalau ada orang bagi tahu nak pergi bercuti ke Europe. Tak pun kawan kita dapat balik Malaysia. Yang kita ni dapat tengok je laa kawan-kawan kita pergi ke tempat-tempat macam tu atau dapat balik Malaysia lepas kan rindu sebabnya kita tak ada duit sebanyak mereka..
Then kita jawab.. "untung laa :3.. "
Bagi saya, perkataan " untung laa" macam menyatakan betapa kita cemburu dan kurang gembira kawan kita dapat pergi.. ( saya rasa laa ) 
Saya lebih suka guna kan perkataan BEST NYA =) untuk menyatakan betapa gembira nya mereka dapat pergi. 

Tak salah kita gembira dengan kegembiraan orang lain. Malah dianjurkan..
Rasulullah SAW sendiri menunjukkan sikap baginda yang gembira dengan kegembiraan sahabatnya. Sebagai contoh, Baginda gembira sahabatnya telah diampunkan oleh Allah kerana tidak keluar berperang.

so, keep smilling and make the others feel joy to  express their happiness ..
Tak rugi...insya Allah tak rugi :)



ku pohon doa dari kalian 6_^

2 comments:

khalifahper1 said...

" ان احسنتم احسنتم لانفسكم.."
Setiap kebaikan yg kte ikhlaskan utk org lain, insyaAllah kebaikan tu akan kembali semula pd diri kte..

Good post. Keep writing for the sake of Allah..

Satu cdgn utk penulis : rasanya penulisan ni akan bertambah serinya kalau boleh kaitkan dgn sirah nabi n kisah para shbt berkenaan dgn tajuk ditulis, wallahua'lam..=)

khalifahper1 said...

" ان احسنتم احسنتم لانفسكم.."
Setiap kebaikan yg kte ikhlaskan utk org lain, insyaAllah kebaikan tu akan kembali semula pd diri kte..

Good post. Keep writing for the sake of Allah..

Satu cdgn utk penulis : rasanya penulisan ni akan bertambah serinya kalau boleh kaitkan dgn sirah nabi n kisah para shbt berkenaan dgn tajuk ditulis, wallahua'lam..=)