Sunday, 14 July 2013

When you give a little love..You will get a little love of your own..

Satu hari dalam hari-hari ku yang Allah bagi pinjam.. :)

Tiba-tiba dapat satu mesej whatsApp dari sahabat baik ku di Malaysia.. 
Ada luahan di situ..menandakan sahabatku sedang bertarung dengan perasaannya sendiri.. (sayang awak sahabat sayangku ) 

" kadang-kadang rasa cemburu bila kawan-kawan yang kawen upload gambar kawen depa, gambar anak masing-masing..cuba untuk nak rasa happy untuk depa tapi kadang-kadang terfikir..semua orang yang kawen memang macam tu ke..mentang-mentang dah kawen semua nak tunjuk kat orang..sebenarnya orang yang dah kawen ni laa yang bertanggungjawab atas banyak masalah..bila orang yang tak kawen lagi tengok gambar2 orang kawen depa akan rasa nak kawen pastu mula la cari pasangan dan jadi benda bukan2..macam mana positifkan diri ye??? " 

Tersenyum saya dapat luahan dari sahabat saya sorang ni. Tapi apa2 pun saya kagum dengan sahabat saya ni. Tau perasaan itu tak sepatutnya begitu.. Lantas dia mencari penyelesaian dan nasihat untuk positifkan balik.  =) 
Agak lama laa juga saya nak membalas sebab nak beri jawapan yang terbaik yang dapat bantu sahabat saya ni. Saya bukan lah orang yang suka sangat menambah kebencian orang lain terhadap sesuatu. 

Then saya reply pada dia..
Perasaan ni memang sinonim laa untuk orang yang tak kawen lagi macam kita ni. Tapi seeloknya kita raikan perasaan diorang. 
Kita gembira dengan kegembiraan orang lain..kelak kegembiraan kita juga akan ada orang tumpang gembira =) 

Perkara ni memang selalu terjadi dalam hidup kita. Kita melihat kegembiraan orang lain. Then apa reaksi kita terhadap kegembiraan mereka? 

Kadang tu saya lihat..contohnya kalau ada orang bagi tahu nak pergi bercuti ke Europe. Tak pun kawan kita dapat balik Malaysia. Yang kita ni dapat tengok je laa kawan-kawan kita pergi ke tempat-tempat macam tu atau dapat balik Malaysia lepas kan rindu sebabnya kita tak ada duit sebanyak mereka..
Then kita jawab.. "untung laa :3.. "
Bagi saya, perkataan " untung laa" macam menyatakan betapa kita cemburu dan kurang gembira kawan kita dapat pergi.. ( saya rasa laa ) 
Saya lebih suka guna kan perkataan BEST NYA =) untuk menyatakan betapa gembira nya mereka dapat pergi. 

Tak salah kita gembira dengan kegembiraan orang lain. Malah dianjurkan..
Rasulullah SAW sendiri menunjukkan sikap baginda yang gembira dengan kegembiraan sahabatnya. Sebagai contoh, Baginda gembira sahabatnya telah diampunkan oleh Allah kerana tidak keluar berperang.

so, keep smilling and make the others feel joy to  express their happiness ..
Tak rugi...insya Allah tak rugi :)



ku pohon doa dari kalian 6_^

Tuesday, 2 July 2013

Jom jadi seperti PEMAIN BOLA SEPAK!!

Assalamu`alaikum wbt.
Semoga semuanya dalam Rahmat dan Redha Allah swt sentiasa,  insya Allah.

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk hidup dan bernafas sebagai seorang muslim pada hari ini..

ok..cakap tentang bola sepak, football.. teringat Perlawanan baru-baru ni antara JDT dan TRW.. saya bukanlah peminat fanatik dengan perlawanan bola ni. Hanya tahu sekadarnya sahaja. Tahu ada perlawanan bila ramai sangat yang update status FB tentang perlawanan tu. Apa - apa pun JDT saya kalah =(. ( Maklumlah rumah syurgaku di Johor ^_^ ) Tak pe laa JDT..lain kali ada lagi. Tak menang kali ni, ada laa tu Allah susun untuk akan datang. Tapi kalau TRW menang waktu saya masih belajar di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) memang saya suka laa..sebab free2 dapat hari cuti.. ( haha..ada pula sronok ye..^^)

Saya tak berapa nak reti sangat nak ulas tentang isu perlawanan bola sepak hari tu sebenarnya. Lebih-lebih lagi,  saya tak tengok pun perlawanan tu plus saya bukan minat sangat pun =)
Tapi saya terfikir ibrah  atau simulasi yang kita boleh ambil. Salah satu nya ialah semangat si pemain bola sepak.


Seperti yang kita tahu, pemain bola sepak ni aim dia satu je.. Nak jaringkan gol. Dari awal perlawanan sampai laa akhir perlawanan.. itu je laa aim dia. Nak jaringkan gol tu (betul ke ayat saya?? haha) dia akan perform, main sehabis baik untuk jaringkan gol tu. Walaupun penat yang amat, tetap juga kuatkan hati dan kaki untuk berlari dan menyepak bola tu. Lama kot main perlawanan bola, 90 minit kan?
Kuat betul keinginan seorang pemain bola tu untuk jaringkan gol sampaikan penat pun dia tak kesah.

So, dah nama nya simulasi dari semangat pemain bola. Kena laa dikaitkan dengan hidup kita.
Pernah dengar tak kata-kata ni,

IRADAH YANG TINGGI DAN HAMASAH YANG MEMBARA

Maksudnya ialah  keinginan yang tinggi dan semangat yang membara.

Dua-dua ni amat berkait rapat dengan diri kita untuk mencapai sesuatu. Tak ada salah satunya, seseorang itu akan mudah untuk berputus asa dan mengalah di pertengahan jalan.
Macam pemain bola tu. Iradah dia tinggi untuk jaringkan gol plus hamasah dia memang tak dapat dinafikan laa..membara!! Letih sangat-sangat pun masih  bermain lagi. Kadang-kadang tu ada kes sampai mati kan??

Jadi, jom kita ambil pengajaran dari ini. Setkan keinginan yang tinggi dalam diri dan jangan lupa untuk sentiasa membarakan semangat dalam diri untuk capai keinginan tu. Dan hamasah kita akan sentiasa membara bila kita tahu dengan tercapai iradah atau keinginan kita tu, akan ada sesuatu yang besar menanti. Contohnya macam si pemain bola ni. Dia tahu bila dia berjaya untuk menjaringkan gol, dia akan dapat memberi kemenangan buat pasukannya, dia akan dipandang tinggi oleh peminat dan coach dan lain-lain lagi. Tapi kalau keinginan tu salah, baik tak payah laa nak membara semangatnya tu..

Letakkan lah iradah yang tinggi untuk kita capai redha Allah dan barakan lah hamasah dalam diri untuk capai iradah itu. Walau gejolak nafsu memerangi diri, walau badai ujian datang melanda..kita tetap usaha sedaya mungkin untuk buat yang terbaik untuk capai target kita itu. Tiada lain yang lebih bernilai selain mendapat redha Allah sahabat-sahabatku =')

Buat JDT yang kalah, mesti ada rasa kecewa juga kan..
tapi saya suka statement dalam cerita ini..walaupun cerita ni berkaitan dengan ajaran kristian tapi kebenaranya ada di situ, so tak salah pun nak ambil kan??

we PRAISE God when we win and we PRAISE God when we lose..

http://youtu.be/i_FNYpKwzVA - satu part dalam filem Facing The Giants.


Menang dan kalah itu Allah yang bagi.. Selayaknya Allah swt terlebih dahulu dikembalikan segala perasaan kita itu. Seronok, bangga, sedih, kecewa malah remuk hati pun kembalikan lah ia kepada yang selayaknya dahulu =)

Ku mohon doa dari kalian ^_^