Wednesday, 26 June 2013

" Saya ni budak biasa2 je.. "

" saya ni makhluk biasa je awak."
"saya ni budak biasa2 je "
" Sekolah pun dari sekolah biasa je tak macam awak"
" apa laa yang ada kat saya ni..tak ada apa2 pun "

Saya pun balas.. " tak ada istilah budak biasa ye, budak biasa2 jangan sebut "

Sebenarnya, memang saya kurang suka bila ada orang cuba rendah diri dengan berkata " saya ni budak biasa2 je..tak hebat macam awak..datang dari tempat yang membina rijal ummah..saya ni siapa laa "

Saya memang tak suka sebab saya tahu keadaan diri saya yang sebenar dan saya yakin semua orang boleh jadi bukan biasa2 even hanya untuk diri sendiri pun. Semua orang Allah bagi peluang untuk jadi luar biasa..untuk jadi rijal ummah. Cumanya terserah pada diri kita samaada nak jadi biasa-biasa atau nak jadi luar biasa.

Cuba bayangkan..kalau laa dulu Saidina Bilal bersifat rendah diri yang amat..
" siapa laa aku ni..budak hitam..hamba lagi tu..biasa-biasa je saya ni.. tak layak laa nak jadi hebat macam kamu ya Rasulullah dan sahabat yang lain"

kalau laa Saidina Bilal jenis yang macam kat atas ni, memang sampai sekarang laa kita tak kan kenal Saidina Bilal tu siapa.. walaupun dia hamba berkulit hitam, dia tahu dia ada hak untuk menjadi yang luar biasa di sisi Allah.

Islam itu didatangkan adalah untuk menjadikan manusia yang dia rasa dirinya biasa-biasa berubah kepada luar biasa!! Kena yakin tu!!

............
Usah lah berperasaan sebegitu..
merasakan diri hanya biasa-biasa sahaja..
kelak perasaan itu..
akan membuatkan diri mu hilang peluang yang Dia sediakan
untuk menjadikan dirimu hebat di sisi Dia dan orang lain..
.........................


Kalau laa budak ni berfikiran..
" aku dah gemuk..gemuk je laa..malas laa nak main ke nak senam ke.. sebab aku memang dah gemuk " 
sampai ke sudah laa budak ni akan gemuk dan makin gemuk..
ada juga laa usaha dia nak main kan.. kesian nya tengok.. 

Okay.. Last but not least,
Jangan pernah berhenti berharap dengan rahmat Nya!!
Rahmat Allah itu bisa membuatmu jadi LUAR BIASA!!

Ku pohon doa dari kalian =)


No comments: