Sunday, 14 July 2013

When you give a little love..You will get a little love of your own..

Satu hari dalam hari-hari ku yang Allah bagi pinjam.. :)

Tiba-tiba dapat satu mesej whatsApp dari sahabat baik ku di Malaysia.. 
Ada luahan di situ..menandakan sahabatku sedang bertarung dengan perasaannya sendiri.. (sayang awak sahabat sayangku ) 

" kadang-kadang rasa cemburu bila kawan-kawan yang kawen upload gambar kawen depa, gambar anak masing-masing..cuba untuk nak rasa happy untuk depa tapi kadang-kadang terfikir..semua orang yang kawen memang macam tu ke..mentang-mentang dah kawen semua nak tunjuk kat orang..sebenarnya orang yang dah kawen ni laa yang bertanggungjawab atas banyak masalah..bila orang yang tak kawen lagi tengok gambar2 orang kawen depa akan rasa nak kawen pastu mula la cari pasangan dan jadi benda bukan2..macam mana positifkan diri ye??? " 

Tersenyum saya dapat luahan dari sahabat saya sorang ni. Tapi apa2 pun saya kagum dengan sahabat saya ni. Tau perasaan itu tak sepatutnya begitu.. Lantas dia mencari penyelesaian dan nasihat untuk positifkan balik.  =) 
Agak lama laa juga saya nak membalas sebab nak beri jawapan yang terbaik yang dapat bantu sahabat saya ni. Saya bukan lah orang yang suka sangat menambah kebencian orang lain terhadap sesuatu. 

Then saya reply pada dia..
Perasaan ni memang sinonim laa untuk orang yang tak kawen lagi macam kita ni. Tapi seeloknya kita raikan perasaan diorang. 
Kita gembira dengan kegembiraan orang lain..kelak kegembiraan kita juga akan ada orang tumpang gembira =) 

Perkara ni memang selalu terjadi dalam hidup kita. Kita melihat kegembiraan orang lain. Then apa reaksi kita terhadap kegembiraan mereka? 

Kadang tu saya lihat..contohnya kalau ada orang bagi tahu nak pergi bercuti ke Europe. Tak pun kawan kita dapat balik Malaysia. Yang kita ni dapat tengok je laa kawan-kawan kita pergi ke tempat-tempat macam tu atau dapat balik Malaysia lepas kan rindu sebabnya kita tak ada duit sebanyak mereka..
Then kita jawab.. "untung laa :3.. "
Bagi saya, perkataan " untung laa" macam menyatakan betapa kita cemburu dan kurang gembira kawan kita dapat pergi.. ( saya rasa laa ) 
Saya lebih suka guna kan perkataan BEST NYA =) untuk menyatakan betapa gembira nya mereka dapat pergi. 

Tak salah kita gembira dengan kegembiraan orang lain. Malah dianjurkan..
Rasulullah SAW sendiri menunjukkan sikap baginda yang gembira dengan kegembiraan sahabatnya. Sebagai contoh, Baginda gembira sahabatnya telah diampunkan oleh Allah kerana tidak keluar berperang.

so, keep smilling and make the others feel joy to  express their happiness ..
Tak rugi...insya Allah tak rugi :)



ku pohon doa dari kalian 6_^

Tuesday, 2 July 2013

Jom jadi seperti PEMAIN BOLA SEPAK!!

Assalamu`alaikum wbt.
Semoga semuanya dalam Rahmat dan Redha Allah swt sentiasa,  insya Allah.

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk hidup dan bernafas sebagai seorang muslim pada hari ini..

ok..cakap tentang bola sepak, football.. teringat Perlawanan baru-baru ni antara JDT dan TRW.. saya bukanlah peminat fanatik dengan perlawanan bola ni. Hanya tahu sekadarnya sahaja. Tahu ada perlawanan bila ramai sangat yang update status FB tentang perlawanan tu. Apa - apa pun JDT saya kalah =(. ( Maklumlah rumah syurgaku di Johor ^_^ ) Tak pe laa JDT..lain kali ada lagi. Tak menang kali ni, ada laa tu Allah susun untuk akan datang. Tapi kalau TRW menang waktu saya masih belajar di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) memang saya suka laa..sebab free2 dapat hari cuti.. ( haha..ada pula sronok ye..^^)

Saya tak berapa nak reti sangat nak ulas tentang isu perlawanan bola sepak hari tu sebenarnya. Lebih-lebih lagi,  saya tak tengok pun perlawanan tu plus saya bukan minat sangat pun =)
Tapi saya terfikir ibrah  atau simulasi yang kita boleh ambil. Salah satu nya ialah semangat si pemain bola sepak.


Seperti yang kita tahu, pemain bola sepak ni aim dia satu je.. Nak jaringkan gol. Dari awal perlawanan sampai laa akhir perlawanan.. itu je laa aim dia. Nak jaringkan gol tu (betul ke ayat saya?? haha) dia akan perform, main sehabis baik untuk jaringkan gol tu. Walaupun penat yang amat, tetap juga kuatkan hati dan kaki untuk berlari dan menyepak bola tu. Lama kot main perlawanan bola, 90 minit kan?
Kuat betul keinginan seorang pemain bola tu untuk jaringkan gol sampaikan penat pun dia tak kesah.

So, dah nama nya simulasi dari semangat pemain bola. Kena laa dikaitkan dengan hidup kita.
Pernah dengar tak kata-kata ni,

IRADAH YANG TINGGI DAN HAMASAH YANG MEMBARA

Maksudnya ialah  keinginan yang tinggi dan semangat yang membara.

Dua-dua ni amat berkait rapat dengan diri kita untuk mencapai sesuatu. Tak ada salah satunya, seseorang itu akan mudah untuk berputus asa dan mengalah di pertengahan jalan.
Macam pemain bola tu. Iradah dia tinggi untuk jaringkan gol plus hamasah dia memang tak dapat dinafikan laa..membara!! Letih sangat-sangat pun masih  bermain lagi. Kadang-kadang tu ada kes sampai mati kan??

Jadi, jom kita ambil pengajaran dari ini. Setkan keinginan yang tinggi dalam diri dan jangan lupa untuk sentiasa membarakan semangat dalam diri untuk capai keinginan tu. Dan hamasah kita akan sentiasa membara bila kita tahu dengan tercapai iradah atau keinginan kita tu, akan ada sesuatu yang besar menanti. Contohnya macam si pemain bola ni. Dia tahu bila dia berjaya untuk menjaringkan gol, dia akan dapat memberi kemenangan buat pasukannya, dia akan dipandang tinggi oleh peminat dan coach dan lain-lain lagi. Tapi kalau keinginan tu salah, baik tak payah laa nak membara semangatnya tu..

Letakkan lah iradah yang tinggi untuk kita capai redha Allah dan barakan lah hamasah dalam diri untuk capai iradah itu. Walau gejolak nafsu memerangi diri, walau badai ujian datang melanda..kita tetap usaha sedaya mungkin untuk buat yang terbaik untuk capai target kita itu. Tiada lain yang lebih bernilai selain mendapat redha Allah sahabat-sahabatku =')

Buat JDT yang kalah, mesti ada rasa kecewa juga kan..
tapi saya suka statement dalam cerita ini..walaupun cerita ni berkaitan dengan ajaran kristian tapi kebenaranya ada di situ, so tak salah pun nak ambil kan??

we PRAISE God when we win and we PRAISE God when we lose..

http://youtu.be/i_FNYpKwzVA - satu part dalam filem Facing The Giants.


Menang dan kalah itu Allah yang bagi.. Selayaknya Allah swt terlebih dahulu dikembalikan segala perasaan kita itu. Seronok, bangga, sedih, kecewa malah remuk hati pun kembalikan lah ia kepada yang selayaknya dahulu =)

Ku mohon doa dari kalian ^_^

Thursday, 27 June 2013

Bila dosa melingkari diri..

Bila dosa melingkari diri..
Bila dosa semakin menghitam di hati..
hari-hari yang dilalui terasa kosong...

tapi yakin lah Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNya..
walau dosa HambaNya terlalu tinggi..
terlalu luas..




ku pohon doa dari kalian.....
 

Wednesday, 26 June 2013

" Saya ni budak biasa2 je.. "

" saya ni makhluk biasa je awak."
"saya ni budak biasa2 je "
" Sekolah pun dari sekolah biasa je tak macam awak"
" apa laa yang ada kat saya ni..tak ada apa2 pun "

Saya pun balas.. " tak ada istilah budak biasa ye, budak biasa2 jangan sebut "

Sebenarnya, memang saya kurang suka bila ada orang cuba rendah diri dengan berkata " saya ni budak biasa2 je..tak hebat macam awak..datang dari tempat yang membina rijal ummah..saya ni siapa laa "

Saya memang tak suka sebab saya tahu keadaan diri saya yang sebenar dan saya yakin semua orang boleh jadi bukan biasa2 even hanya untuk diri sendiri pun. Semua orang Allah bagi peluang untuk jadi luar biasa..untuk jadi rijal ummah. Cumanya terserah pada diri kita samaada nak jadi biasa-biasa atau nak jadi luar biasa.

Cuba bayangkan..kalau laa dulu Saidina Bilal bersifat rendah diri yang amat..
" siapa laa aku ni..budak hitam..hamba lagi tu..biasa-biasa je saya ni.. tak layak laa nak jadi hebat macam kamu ya Rasulullah dan sahabat yang lain"

kalau laa Saidina Bilal jenis yang macam kat atas ni, memang sampai sekarang laa kita tak kan kenal Saidina Bilal tu siapa.. walaupun dia hamba berkulit hitam, dia tahu dia ada hak untuk menjadi yang luar biasa di sisi Allah.

Islam itu didatangkan adalah untuk menjadikan manusia yang dia rasa dirinya biasa-biasa berubah kepada luar biasa!! Kena yakin tu!!

............
Usah lah berperasaan sebegitu..
merasakan diri hanya biasa-biasa sahaja..
kelak perasaan itu..
akan membuatkan diri mu hilang peluang yang Dia sediakan
untuk menjadikan dirimu hebat di sisi Dia dan orang lain..
.........................


Kalau laa budak ni berfikiran..
" aku dah gemuk..gemuk je laa..malas laa nak main ke nak senam ke.. sebab aku memang dah gemuk " 
sampai ke sudah laa budak ni akan gemuk dan makin gemuk..
ada juga laa usaha dia nak main kan.. kesian nya tengok.. 

Okay.. Last but not least,
Jangan pernah berhenti berharap dengan rahmat Nya!!
Rahmat Allah itu bisa membuatmu jadi LUAR BIASA!!

Ku pohon doa dari kalian =)


Monday, 24 June 2013

CoreTan Di petang hari

Assalamu`alaikum semua..
moga semuanya dalam Rahmat dan redha Nya selalu. insya Allah =) 

dah lama tak menulis sesuatu dalam blog saya ni. 
sampaikan ada yang kata...
" bila nak tulis lagi??"
"akak..blog akak tu update brapa bulan yang lalu..lamanya tak update"

I thought no one will interested to read my blog ( english salah betulkan ye) 
ye laa. blog yang saya rasa biasa2. 
tak sehebat orang itu yang selalu penulisannya tentang pemikirannya yang orang kata CRITICAL THINKING..
tak sehebat orang tu yang punya penulisan cerpen atau cerita2 yang menarik dan menyentuh jiwa..
tak sehebat orang tu yang punya penulisan2 motivasi yang best
tak sehebat orang tu yang pandai mengulas tentang isu-isu dunia sekarang dengan idea dan sudut pandangnya yang berbeza dari orang lain..
tak sehebat orang tu berkarya, berpuisi bagai..yang menarik semuanya..

cukup lah wahai diri!!
cukup lah nak banding-bandingkan dengan orang lain. 
memang tak menulis laa diri saya ni kan..

apa-apa pun memang saya niat nak share kan apa2 yang saya ada untuk kalian yang sudi membaca coretan saya yang biasa-biasa ini. Saya harap sangat ia akan mendatangkan manfaat buat kalian dan diri saya..

baru-baru ni, hari jumaat yang lepas, Allah izin 5 orang sahabat2 kami mengalami kemalangan yang Allah izin terjadi.. seorang maut, seorang kematian anak yang dikandungnya dan suaminya mengalami kecederaan yg serius. dan seorang yang kini masih lagi dalam wad ICU..yang lain juga mengalami cedera di tubuh mereka. 
[ini ialah pelajar yg masih berada dalam wad ICU hingga kini]


kalau nak baca kisah apa yang terjadi..ni link blog senior saya di sini : 
saya sendiri baca memang terharu dan sedih sangat..

sahabat yang maut tu merupakan pelajar di London. Sumaiyah namanya. 
apa yang saya rasa dia istimewa sangat ialah dia pergi menghadap Allah dengan Syahadah yang diucapkan tanpa bantuan siapa-siapa pun..oohh sungguh istimewanya diri mu..moga Roh mu di jannah yang abadi T_T

Dia pergi dengan syahadah..
sahabatku dulu juga pergi dengan syahadah..
ooooh istimewanya kalian diberi peluang pergi bertemuNya dengan kunci itu..
bukan semua orang mendapat peluang itu..
pastinya ada sesuatu yang membuatkan kalian peroleh nikmat itu.. 

aku?? 
kita??

maksiat masih lagi bergelumang..
dunia masih lagi mencengkam di jiwa..
amalan masih lagi sedikit..
sangat sedikit..

kematian datang tak kira waktu..
hari ini Allah masih lagi bagi hidup sebagai tanda masih ada lagi peluang untuk bertaubat dan beramal..
Rahmat Allah itu luas..insya Allah keampunan dan rahmatNya pasti ada untuk kita..

Allah swt mendatangkan ujian mengikut kemampuan hamba-hambaNya.
Allah swt mendatangkan ujian adalah sebagai peluang untuk hambaNya mendapat pahala..
bila kita yakin dengan Allah..segala ujian yang datang, pasti akan cuba untuk hadapinya dengan positif dan sebaiknya. 

aku nampak kalian sungguh positif. jeles rasanya. 

ok. setakat ini dahulu coretan saya. 
ku pohon doa dari kalian semua =)


Wednesday, 20 March 2013

Tanpa RahmatMu, maka sengsara lah aku..

Murabbi tercinta ku pernah berkata..
seseorang itu terlepas dari melakukan maksiat adalah kerana Rahmat dari Allah..

Rahmat dari Allah itu yang menyelamatkan kita
tiada satu pun yang dapat selamatkan kita melainkan dengan Rahmat dariNya..

maka itu, 
jangan lah berhenti dan berputus asa untuk terus meminta dari Allah supaya sentiasa merahmati diri kita..
andai kata satu hari kita buat dosa2..
adakah itu tandanya RAHMAT ALLAH sudah tiada untuk kita??
bila datang perasaan sebegini..
bersegera lah wahai diri untuk terus beristighfar dan memohon ampunan dan rahmat dari Nya..

Nabi Yusuf juga berkata yang telah diceritakan oleh Allah dalam Al-Quran..
surah Yusuf ayat ke-53 :
Bermaksud :
"dan aku tidak menyatakan diriku bebas dari kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang " 

 T_T Rahmati lah aku ya Allah..

Ya Allah..
Rahmati lah nafsu insan2 yang aku sayang..
Rahmati lah jiwa2 mereka ya Allah..
Rahmatilah hati mereka..
Rahmatilah kehidupan mereka...
hanya Kau sahaja yang berkuasa untuk menyelamatkan mereka..
hanya Kau sahaja..bukan yang lain..

.............................................................................................................................

Please!! 
do pray for me..