Saturday, 27 October 2012

Alhamdulillah..My first Eid at Jordan..

AsSalam alaikum!!

masih sempat lagi untuk saya ucapkan Salam Aidil Adha..Happy eid mubarak..buat semua rakan2 pembaca yang sudi meluangkan masa untuk menjengah blog saya yang tak seberapa ni. 

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Tahun ni Allah bagi peluang untuk saya beraya di perantauan..kalau dulu selalu tengok kawan2 beraya di perantauan..nampak macam best dan meriah..
Memang best raya di perantauan ni..tapi seriously, i miss malaysia more..
pagi raya (waktu jordan) saya telefon my mom..mereka tengah sibuk2 memasak daging korban di rumah nenek n atuk..memang menjadi kebiasaan kami sekeluarga akan balik kampung untuk sambut eidul adha..Allah izin anak2 nenek n atuk ramai, so mmg slalunya tiap2 tahun akan buat korban seekor lembu..
lepas solat sunat hari raya..yang lelaki2 akan bersiap sedia ke tempat penyembelihan dan yang wanita2 plak siap sedia tunggu daging lembu datang untuk dibahagi-bahagikan dan untuk dimasak sekali..yang budak2 plak riuh bermain dalam dunia mereka..masakan utama selalu klurga besar kami buat..daging LONCOM. ni dalam bahasa jawa (almaklumlah kami ni keturunan jawa ^_^) Loncom ni kirannya macam sup tapi masam sikit dan pedas sikit..letak asam keping n lengkuas..klu org2 klatan kata masak singgang daging kot..
riuh rendah rumah nenek hri tu..dgn yang lelaki2 berhempas pulas melapah daging lembu..yang sek2 prempuan ni potong2 daging n masak2..budak2 kecik yang tak reti apa2..riuh rendah bermain..rindu2..rindu sgt2..

tapi apa kan daya..kini diri ku di perantauan..
apa2 pun raya di sini pun best!!! alhamdulillah..
malam raya..kami satu rumah tido lewat masak sama2..
juadah kami di pagi raya..Lontong dan ayam sambal..
suasana yang berbeza di Malaysia..pagi selepas solat sunat hari raya..
kami jemput syabab2 perkasa irbid untuk buat takbir raya di rumah..
maka bergema lah takbir raya..memuji Allah di rumah kami pagi itu..live punye..
lepas hbis takbir..sarapan semua..yg syabab2 pun balik..
kami plak siap2 untuk pergi beraya ke rumah2 shbt kami yang buat makan2 laa terutamanya..
sehari boleh dapat 11 jemputan..huhu..
petang sket lepas asar..bru projek melapah daging..

walaupun dua2 suasana berbeza..masing2 tinggalkan memori terindah dalam hidup saya..Alhamdulillah...

Happy Eid mubarak..kullu `am wa antum bikhair.. :)




No comments: