Monday, 16 April 2012

sungguh kuat wanita itu

Sungguh kuat wanita itu..
kuat yang ku maksudkan di sini..
ialah merelakan yang tersayang berjauhan dengannya..
merelakan yang tersayang pergi menyahut seruan jihad illahi..
walaupun dia tahu risiko untuk kehilangan yang tersayang tinggi..


kerelaan ini bukan kerelaan yang terpaksa..
tiada keluhan..
tiada rungutan..
yang ada bekalan doa dan sokongan buat yang tersayang..


bila disoal..
mengapa dirinya merelakan..
jawabnya dengan bersahaja..
"ini adalah cita-cita yang tersayang sekian lama, cita-cita yang mulia..ada pahala disebalik kerelaan ini"


kerelaannya datang dari hati dan jiwa yang terdidik dengan tarbiyyah islamiyyah..
walaupun dapat ku rasa mungkin jauh di sudut hatinya ada perasaan risau, takut..
tapi wanita itu lebih yakin dengan janji-janji Nya yang Maha Agung..

~ puteri AnaMAS~
16 April 2012
10.25 pagi


No comments: