Saturday, 27 October 2012

Alhamdulillah..My first Eid at Jordan..

AsSalam alaikum!!

masih sempat lagi untuk saya ucapkan Salam Aidil Adha..Happy eid mubarak..buat semua rakan2 pembaca yang sudi meluangkan masa untuk menjengah blog saya yang tak seberapa ni. 

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Tahun ni Allah bagi peluang untuk saya beraya di perantauan..kalau dulu selalu tengok kawan2 beraya di perantauan..nampak macam best dan meriah..
Memang best raya di perantauan ni..tapi seriously, i miss malaysia more..
pagi raya (waktu jordan) saya telefon my mom..mereka tengah sibuk2 memasak daging korban di rumah nenek n atuk..memang menjadi kebiasaan kami sekeluarga akan balik kampung untuk sambut eidul adha..Allah izin anak2 nenek n atuk ramai, so mmg slalunya tiap2 tahun akan buat korban seekor lembu..
lepas solat sunat hari raya..yang lelaki2 akan bersiap sedia ke tempat penyembelihan dan yang wanita2 plak siap sedia tunggu daging lembu datang untuk dibahagi-bahagikan dan untuk dimasak sekali..yang budak2 plak riuh bermain dalam dunia mereka..masakan utama selalu klurga besar kami buat..daging LONCOM. ni dalam bahasa jawa (almaklumlah kami ni keturunan jawa ^_^) Loncom ni kirannya macam sup tapi masam sikit dan pedas sikit..letak asam keping n lengkuas..klu org2 klatan kata masak singgang daging kot..
riuh rendah rumah nenek hri tu..dgn yang lelaki2 berhempas pulas melapah daging lembu..yang sek2 prempuan ni potong2 daging n masak2..budak2 kecik yang tak reti apa2..riuh rendah bermain..rindu2..rindu sgt2..

tapi apa kan daya..kini diri ku di perantauan..
apa2 pun raya di sini pun best!!! alhamdulillah..
malam raya..kami satu rumah tido lewat masak sama2..
juadah kami di pagi raya..Lontong dan ayam sambal..
suasana yang berbeza di Malaysia..pagi selepas solat sunat hari raya..
kami jemput syabab2 perkasa irbid untuk buat takbir raya di rumah..
maka bergema lah takbir raya..memuji Allah di rumah kami pagi itu..live punye..
lepas hbis takbir..sarapan semua..yg syabab2 pun balik..
kami plak siap2 untuk pergi beraya ke rumah2 shbt kami yang buat makan2 laa terutamanya..
sehari boleh dapat 11 jemputan..huhu..
petang sket lepas asar..bru projek melapah daging..

walaupun dua2 suasana berbeza..masing2 tinggalkan memori terindah dalam hidup saya..Alhamdulillah...

Happy Eid mubarak..kullu `am wa antum bikhair.. :)




Friday, 5 October 2012

alhamdulillah..at last.. ^^


Bismillahirrahmanirrahim..
in the name of Allah..The Most Graciuos and The Most Merciful..

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
tiada ucapan kesyukuran yang paling layak dipersembahkan kepada Allah Rabbul `Alam..
Rabb yang disembah dan dipuja dari mulanya kita hidup di dunia ini sehingga kita dipanggil
pergi olehNya..
Allah...Allah...Allah.. teringat kata2 seorang motivator di Selangor, Malaysia..
setiap orang beriman itu, apabila disebutnya nama Allah..hati2 mereka akan bergetar (dalam Al-Quran pn ada sebut) ..rasa mcm ada aliran arus elektrik mengalir..waktu tu dalam dewan di KTD..motivator Alang Naemi..minta kami tutup mata dan menadah tangan setinggi paras bahu..then, sebut nama Allah dari perlahan dan semakin kuat..Alang Naemi kata..kalau orang tu buat betul2
dan sebut nama Allah dari hati..diorang akan rasa something yang mengalir di tangan..
rasa hati bergetar..then bleh sampai rasa sebak then menangis..
ya saya akui..waktu itu..ramai yang merasainya..itu laa tanda bhw fitrah kita adalah kembali pada Allah..Alang cerita, dia pernah minta peserta non muslim buat perkara yang sama..dan mereka menangis..subahanallah..subhanallah sgt2..bila ditanya kenapa menangis..merekakata mereka tak tahu kenapa mereka menangis..
begitu lah kuasa Allah.. :)

itu lah sedikit cerita dan memori yang menggamit rindu di hati saya terhadap suatu tempat yang 
banyak mengajar saya banyak perkara..kolej ku..KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM..hanya sebuah kolej yang zahir nya nampak biasa2 sahaja..tak sebesar dan secantik KUIS..UIA..UTM..
KTD hanya sebuah bekas kilang kain suatu masa dulu..tp ramai menggelarnya KILANG PENCETAK MANUSIA..saya akui mmg ramai yang masuk ke KTD, mengalami perubahan..samaada banyak mahu pun sikit..KTD yang ku rindu..

dan kini..KTD telah pun saya tinggalkan..
bumi Syams..dikelilingi oleh negara2 yang sedang bergolak sedang saya jejaki utk
menimba ilmu.. bumi jordan...
Alhamdulillah dah hampir sebulan saya berada di sini. Alhamdulillah saya semakin mula dapat menyesuaikan diri di sini. 
dulu KTD kecik je..tp sekarang sgalanya nak kena bergantung pada 2 kaki nikmat 
Allah ini..lenguh2 kaki berjalan ke sana  ke sini..T_T 
berulang alik ke jamiah Yarmouk (universiti) mendaki bangunan yang tinggi2 (lif pun x leh guna..@_@ huhu)
rumah saya Allah izin tingkat 4..memang penat yang amat laa dapat saya katakan..
( haha..sbenarnye saya kot yang sblm2 ni x rajin exercise..tu yg terkejut dgn suasana kat sini.. *_* )..awal2 mmg sakit2 kaki dibuatnya..tp Alhamdulillah sekarang, makin dapat sesuaikan diri..

termasuk masalah yang paling utama sekarang ialah masalah bahasa. dah lah kat malaysia pun bahasa arab tak strong mana. datang sini..masuk kelas..dengan doktor (pensyarah) cakap lajunya..klu yang guna bahasa `Ammi ( bhs pasar) lagi tak faham..mmg blank dan ternganga juga laa di sni..terkial-kial..ujian..ujian..
bila alami suasana sperti ni..teringat student antarabangsa di KTD dari Somalia..macam dapat rasa apa yang dia rasa..dgn bahasa yang kita tak berapa sgt nak faham..pastu kita nak belajar dalam suasana tu..mesti rasa payah kan..

Alhamdulillah..dengan kasih sayang Allah..kekuatan dari Allah..kami mampu teruskan..
Allah hadirkan rakan2 seperjuangan yang membantu..Allah hadirkan doktor yang memahami..Allah hadirkan rakan arab kami yang baru untuk membantu..memudahkan lagi..betul kata2 dari Allah dalam surah Muhammad : ayat 7
maksudnya : " jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu.." 
moga2 kami termasuk dalam golongan yang Allah berikan pertolonganNya dan bersyukur atas segalanya..

sedikit dari saya buat setakat ini..
minta maaf sgt2 sebab dah lama sangat meninggalkan blog ni. tak update2. sampaikan ada yang tegur..maaf.. mungkin kerana kekhilafan saya..dosa2 saya yang tak terhitung..kelemahan2saya..minta maaf sgt2..
yang baik itu datang dari Allah dan yang lemah itu datang dari diri saya sendiri yang serba lemah ni..

moga bermanfaat..
hajat doa dari kalian.. ^^



Monday, 16 April 2012

sungguh kuat wanita itu

Sungguh kuat wanita itu..
kuat yang ku maksudkan di sini..
ialah merelakan yang tersayang berjauhan dengannya..
merelakan yang tersayang pergi menyahut seruan jihad illahi..
walaupun dia tahu risiko untuk kehilangan yang tersayang tinggi..


kerelaan ini bukan kerelaan yang terpaksa..
tiada keluhan..
tiada rungutan..
yang ada bekalan doa dan sokongan buat yang tersayang..


bila disoal..
mengapa dirinya merelakan..
jawabnya dengan bersahaja..
"ini adalah cita-cita yang tersayang sekian lama, cita-cita yang mulia..ada pahala disebalik kerelaan ini"


kerelaannya datang dari hati dan jiwa yang terdidik dengan tarbiyyah islamiyyah..
walaupun dapat ku rasa mungkin jauh di sudut hatinya ada perasaan risau, takut..
tapi wanita itu lebih yakin dengan janji-janji Nya yang Maha Agung..

~ puteri AnaMAS~
16 April 2012
10.25 pagi


~ Taubat TERCEMAR ~

as salam alaikum..
moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan redha Allah, insyaAllah..

lama sangat kan saya tak update blog ni..selalu nye orang kata "dah berhabuk, sawang dah banyak sangat" :) 
doakan saya untuk sentiasa diberikan himmah dan iradah dalam mengasah, push up, gilap dalam bidang penulisan ni..abah saya selalu kata  "belajar laa menulis.."jadi macam Fatimah Syarhah dan yang lain2"
:: akan ku cuba insyaAllah::

Ok..
TAUBAT TERCEMAR

kelmarin dulu ikut umi pergi klinik. terbaca artikel tentang taubat dalam satu majalah HALUAN.
suka saya nak share di sini..artikel tu ditulis oleh Tuan hj Rosdi Baharom..
Antara insan yang aku kagum dan banyak membantu diri ini dalam merawat hati..

kata beliau...

" Apabila seseorang itu berhenti melakukan maksiat kerana menjaga imejnya atau kerana sudah tidak mampu untuk melakukannya atau kerana tertahan dari melakukan maksiat kerana faktor-faktor tertentu dan bukan kerana ingin membersihkan diri dan kembali kepada Allah sebagai hamba yang kesal terhadap dosanya..
maka taubat ini telah tercemar.."

kadang kita rasa tak nak buat lagi perkara2 yang Allah tak suka, perkara yang Allah larang..dan kita pun tak buat lagi..tp kadang-kadang kita lupa nak cek, kita bertaubat itu sebab nak bersihkan diri dari dosa atau nak bersihkan nama dari tercemar dari pandangan manusia..kita kena fikir-fikirkan..

hajat doa dari kalian semua..

ya Allah Rahmatilah diriku..
tanpa rahmatMU binasa lah aku..