Saturday, 31 December 2011

IMAN di hati buat kita rasa Yakin dan redha



"dengan IMAN kita akan yakin UJIAN dan CABARAN itu datang Daripada ALLAH..IMAN menimbulkan rasakan Rasa Baik sangka, rasa Pengharapan dan keyakinan kepada Pembelaan Allah"...
" Stres kah kita kalau sentiasa merasai dan meyakini  bahawa Allah yang MAHA kaya bersama dengan kita dalam menghadapi masalah kewangan kita?? Stres kah kita kalau kita sentiasa meyakini Allah yang MAHA Penyayang akan mengampunkan segala kesalahan yang kita buat??"
~ tulisan PAHROL MOHAMAD JUOI dalam majalah SOLUSI edisi 39 ~


Stres kah diri andai merasai dan meyakini bahawa Allah yang MAHA MEMberi PERTOLONGAN dan mendengar rintihan HambaNYa dalam meyiapkan tesis yang mana rujukan kurang dijumpai???
(muhasabah utk diri yang serba lemah ini)

i just want to share something with u readers..
Satu hari, saya pergi ke kedai buku POPULAR yang paling besar di JUSCO, TEBRAU CITY..
mencari-cari buku untuk bahan2 rujukan tesis saya  yang bertajuk "KAEDAH MENANGANI STRES MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN & AS-SUNNAH"
cari punya cari, Alhamdulillah jumpa 2 buku di bahagian bacaan versi bahasa melayu  walau tajuk tidak khusus tentang stres..selepas itu, usaha lagi mencari di bahagian bacaan versi English..puas mencari, ttp tiada..
tiba-tiba mata saya tertarik dengan perkataan STRES MANFAAT DAN MUDARAT pada sebuah majalah. Ada satu shj di situ..nak tau majalah apa??
Majalah SOLUSI laa..edisi baru..edisi 39..apa lagi, saya terus ambil dan terus ke kaunter utk membayar..
setelah pulang, saya cerita pada ibu saya..sama-sama kami berfikir..
Allah Maha membantu hambaNya..tidak saya sangka, majalah bahasa melayu berkaitan dengan tajuk tesis saya yang mmg kurang buku rujukan nya (tak tau laa kalau saya ni tak pandai nak mencari)  dijumpai di tempat bacaan versi English..satu je majalah nya di situ..dan Allah izin saya yang jumpa...Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

ingat lagi video yang pernah saya post di sini..
ada kata2 yang saya suka..

" GOD (ALLAH) is like that..When we are hurting and fighting to finish, He will comes and Help Us.."


(^_^) 
     alhamdulillah...
pohon doa dari kalian.. 

Tuesday, 27 December 2011

L.U.R.V.E....

L.U.R.V.E..
kenapa LURVE yea??
kalau sebut LURVE mesti org ingat LOVE kan...yang mana maknanya CINTA..sangat2 gemar diperkatakan oleh kebanyakan dari kita..kalau dalam ceramah, sentuh je bab cinta, mesti yang terangguk-angguk mengantuk, terangkat kepala dan celik mata balik. itu laa hebatnya kuasa cinta. 

tapi saya bukan nak coretkan tentang LURVE a.k.a CINTA.. 


saya nak cerita tentang LURVE yang ada di tempat pengajian saya kini..

LURVE ini sebenarnya satu sesi tazkirah yang diadakan selepas maghrib. Ada orang panggil KULIAH MAGHRIB, ada juga yang panggil KULTUM = KULiah TUjuh Minit. 
awal2 waktu saya sem 1 dan 2 mmg kami panggil KULTUM. tp slalunya kultum kami ni tak sampai 7 minit pun. lagi lama ada laa. pling lama, nak dekat satu jam.    
tp bila dah naik sem 3, rasa macam nak tukar nama. 
tercetus idea selepas mendengar nama satu program dari murrabi.. 

LET US REVIVE OUR HEART

jadi rasa nak guna Let us revive our heart mengganti nama KULTUM..
Yang menjadi masalah nya nama panjang sgt..payah nak sebut plak.
jadi, brainstorming laa nak buat singkatan. mula laa keluar macam2 singkatan ..yang pelik2 pun ada. tp tak perlu sebut kot, tak elok pun. tanya pendapat sahabat saya, Puteri SaLia..
sahabat saya ni pun cdg satu singkatan. terjadi laa perkataan ini..

Let Us ReviVe our hEart = L.U.R.V.E   

sem 3 n 4 walaupun dah state nama LURVE tp masih juga yang meniti di bibir kwn2 n adik2.. KULTUM juga..alhamdulillah naik sem 5 dan kini sem 6..nama LURVE telah mula meniti di bibir mereka..
jadi bila ajak Org utk hadir.."jom2..ada LURVE yea kat surau"..

specialnya LURVE ini, pertamanya, nama panjangnya sendiri.
 Let us Revive our Heart yang mana maksudnya
MARI KITA HIDUPKAN HATI. Majlis yang mengingatkan kita tentang Allah, mmg majlis yang menghidupkan hati kan??
LURVE ini juga satu usaha utk mempraktikkan satu kata2 (sy tak pasti samaada hadis atau kata2 sahabat. maaf terlupa) yang bermaksud ;
Mari Kita duduk dan Beriman Sebentar. 

Dalam LURVE,  mcm2 yg dikongsikan oleh penyampai yang berlainan. macam2 ilmu, info dan pengalaman yang kami dapat. kadang2 ada juga games yang kami buat bagi menambat hati2 yang sudi hadir di LURVE.
Dalam LURVE ini juga dijdkan  medan si penyampai berlatih utk  memberi.
LURVE ini juga adlah 1 usaha utk eratkan ukhwah antara kami..

InsyaAllah, pada masa akan datang, saya cuba untuk kongsikan apa yang dapat dlm LURVE di sini yea.
harapan saya, moga LURVE ini mampu walaupun sedikit untuk menghidupkan kembali hati-hati yang ingin kembali hidup dalam cahaya Iman dan Islam. dan moga LURVE ini juga memberikan satu ikatan Cinta Ukhwah Fillah antara hati-hati kami..



" Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini berkumpul untuk mengasihimu, maka Eratkan lah ikatan antara hati2 ini.."


pohon doa dari kalian...