Sunday, 27 November 2011

Rasulullah memberi amaran pada umatnya....

Bismillahir Rahmanir Rahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang..

Saya ingin berkongsi satu hadis yang saya dapat dari kuliah saya tempoh hari..mungkin ada yang dah biasa dengan hadis ini..



Rasulullah S.A.W telah memberikan amaran untuk insan yang menuntut ilmu sekadar untuk dunia..

  ،قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
   .... إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه 
 ،ورجل تعلم العلم وعلمه
،وقراء القرءان
فأتي به فعرفه نعمه فعرفها،
 قال : فما عملت فيها؟ قال : تعلمت العلم وعلمته، وقرأت فيك القرءان، قال : كذبت، 
ولكنك تعلمت العلم ليقال عالم، وقرأت القرءان ليقال هو قارئ، فقد قيل، 
ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار...
dari apa yang pensyarah saya huraikan tentang hadis ini, 
dalam hadis ini Rasulullah menceritakan bahawa antara manusia yang terawal yang akan dihadapkan pada Allah dan dihakimi pada hari kiamat nanti salah seorangnya ialah orang yang belajar ilmu dan mengajarkan ilmu... dan dia membaca Al-Quran. maka dihadapkan pada orang tersebut nikmat2 yang dia dapat di dunia..
Allah bertanya : betulkah kamu mendapat nikmat-nikmat ini? ( nikmat pandai baca Al-Quran, nikmat mempunyai akal fikiran yang baik hingga mampu untuk belajar dan boleh ajar pada orang lain) 
orang itu mengakuinya.
Allah bertanya lagi : apa yang kamu dah lakukan dengan nikmat-nikmat ini??
orang itu berkata : saya belajar ilmu dan saya mengajarkannya pada orang lain. dan saya juga membaca Al-Quran kerana Mu (Allah )
Allah berkata pula : kamu Dusta..
kamu sebenarnya mengajarkan ilmu  agar kamu digelar orang yang alim ( orang yang Berilmu) 
kamu membacakan  Al-Quran agar kamu dikatakan (mendapat gelaran) Qari' ( orang yang pandai membaca Al-Quran),
 maka Allah memerintahkan supaya orang itu diheret ke atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka..
na`uzubillahi min zalik...

Pentingnya ikhlas dalam amal kita..kita buat kebaikan pun, masih diuji dengan bisikan-bisikan supaya kita ujub, riya' dan lari dari landasan ikhlas kepada Allah..terdetik sahaja bisikan jahat dalam hati, terus lah beristighfar...

berjaga-jaga lah agar tidak terpedaya dengan syaitan..
peringatan buat diri saya khususnya...


~maaf andai menyepi selama ini..
jangan pernah putus mendoakan diri ini...

1 comment:

wafazinnirah92 said...

Salam ziarah k.Tmah..

Wah, best entry ni. Jazakillah share dgn kami semua.. banyak manfaat bila dtg sini.. ^_^

teruskan menulis merebut mardotillah.=)

~permata yang dicari~